CBC-Malaysia telah ditubuhkan pada 1970 dan diperbadankan pada 1985 sebagai Connell Bros. (Malaysia) Ltd. Dalam tahun 1999, kami memperoleh Express Chemicals, syarikat pengedaran getah dan bahan kimia latex, yang kini beroperasi sebagai unit perniagaan CBC-Malaysia. Ibupejabat kami di Shah Alam mengendalikan keseluruhan pentadbiran dan perakauanan serta merupakan pelantar bagi jualan, pemasaran dan pengedaran produk pengeluaran tempatan dan diimport di seluruh Malaysia.
Kami mempunyai 50 pekerja di dua pejabat milik sepenuhnya di Lembah Klang (Shah Alam) dan Johor Bharu, dengan tenaga jualan menganjur hingga ke Pulau Pinang dan Malaysia Timur. Dua gudang milik syarikat sepenuhnya terletak di lokasi strategik untuk memberikan penghantaran tepat-pada-masanya kepada semua pelanggan di rantau ini.
Pada 2006, kami membeli saham majoriti Gulf
Chemicals (buka laman Gulf Chemical di tapak CBC) untuk mengukuhkan kedudukan kami sebagai pemimpin dalam pengedaran Bahan-bahan Makanan. Gulf meneruskan operasi secara bebas dari CBC-Malaysia sebagai subsidiari Connell Brothers.
Pengedar Antarabangsa Terkemuka dalam Industri Bahan Kimia Malaysia
CBC-Malaysia bertindak sebagai pusat pengedaran untuk saluran bahan kimia khusus dan bahan-bahan yang meluas. Kami amat komited dalam pertumbuhan korporat yang mantap, melalui keutuhan kontrak kami dan perkhidmatan pelanggan yang hebat.
Tenaga Jualan Profesional yang mahir dan berpengetahuan
CBC-Malaysia distrukturkan dalam kumpulan jualan teknikal khusus yang memberi tumpuan kepada industri-industri asas yang diberi perkhidmatan oleh CBC:
Senarai produk kami adalah luas. CBC-Malaysia mewakili pengeluar terkemuka di dunia dari AS, Eropah dan Asia, membawakan produk dan perkhidmatan mereka ke tempat anda di Semenanjung Malaysia dan Sabah & Sarawak.
Dengan pengalaman lebih satu abad di Asia dan beribupejabat di AS, CBC-Malaysia merupakan rakaniaga yang diyakini dan dipercayai untuk para pelanggan dan pembekal.